Wednesday, February 17, 2010

KEBEBASAN BERSUARA SISWA


Sepanjang bulan Januari 2010,seluruh Institut Pengajian Tinggi di Malaysia hangat membicarakan kerancakan Pilihan Raya Kampus (PRK) yang menjadi medan untuk memiih perwakilan pelajar pada peringkat universiti. Apabila berbicara mengenai ‘pilihanraya’ tidak kiralah sama ada pilihanraya luar atau dalam kampus,sudah menjadi kewajipan wujudnya sudut bersuara bagi meluahkan pendapat,pandangan dan juga sebagai kempen untuk menambat hati pengundi. Dalam konteks universiti,mahasiswa di Malaysia dilihat seperti ‘layu’ kerana bersikap dingin dalam membicarakan mengenai isu-isu semasa. Mahasiswa hari ini hanya pergi ke kuliah,tutorial kemudian pulang ke kolej kediaman tanpa mencari suatu platform untuk berbicara mengenai isu-isu semasa.

Justeru itu,Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia,Datuk Saifuddin Abdullah mengingatkan pentadbiran universiti supaya tidak menyekat kebebasan bersuara mahasiswa dalam kampus. Hakikatnya,terma ‘kebebasan’ itu sendiri mempunyai makna yang cukup luas kerana kebebasan yang diberikan terhadap mahasiswa dalam kampus bukan bersifat mutlak sebaliknya memiliki garis panduan agar tidak melampaui batas-batas yang ditetapkan. Justeru,saranan Datuk Saifuddin patut dipuji kerana memberi semula ‘permit’ kepada mahasiswa untuk berdiri lalu membawa gagasan pada peringkat menara ilmu ini. Pihak pimpinan universiti seharusnya tidak terlalu meletakkan syarat yang terlalu ketat dan ‘merantai’ usaha mahasiswa untuk bersuara. Kita mahu menghasilkan mahasiswa yang peka mengenai isu-isu semasa sama ada ekonomi,politik mahupun sosial kerana mahasiswa hari ini merupakan duta masyarakat yang akan kembali kepada masyarakat selepas tamat tempoh pengajian nanti. Kita juga tidak mahu,pagar yang mengelilingi kampus pengajian menjadi pemisah di antara golongan mahasiswa dengan masyarakat. Cuba kita bayangkan,andai mahasiswa kita tidak peka dengan isu-isu semasa,bagaimana mereka akan berhadapan dengan masyarakat kelak?

Tidak cukup input di dalam kuliah dan hanya sekadar ‘mengambil tahu’ isu-isu semasa sebaliknya mahasiswa perlu duduk semeja membincangkan apakah perkara sebenar yang berlaku dan apakah peranan golongan mahasiswa dalam menjadi agen resolusi kepada permasalahan yang timbul. Saya menulis hari ini sebagai mahasiswa yang neutral yakni tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Pentas bicara mahasiswa sebelum ini cukup hebat dengan melahirakn tokoh-tokoh yang cukup berwibawa seperti Datuk Ahmad Shabery Cheek,Datuk Seri Anwar Ibrahim,Datuk Razali Ismail,Saifuddin Nasution dan ramai lagi. Kita mahukan mahasiswa kita bangun dari ‘lamunan’ dan bersedia untuk bersama dengan masyarakat. Sememangnya,mahasiswa akur dengan peraturan-peraturan university seperti Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU),namun mahasiswa menuntut kebesan yang masih diselia bukannya kebebasan yang membabi buta kerana kita masih golongan yang masih berada di gedung ilmu.

Pujian harus diberikan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) kerana mengembalikan sudut pidato mahasiswa bagi menjadi medium mahasiswa berkongsi pendapat masing-masing. Turut membanggakan apabila kepimpinan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengusulkan kepada pihak Kementerian Pengajian Tinggi bagi mewujudkan Parlimen Mahasiswa sebagai saluaran untuk golongan menara gading berkongsi buah fikiran yang cukup berkualiti. Harapan saya,semoga kita terus menjadi mahasiswa yang tidak hanya keluar masuk dewan kuliah semata-mata tetapi sensitif dengan isu-isu semasa. Jagalah ‘kebebasan’ yang diberikan dengan sentiasa bersikap rasional demi melahirkan insan yang cemerlang dan berjaya.

(alhamdulillah,artikel saya ini dah diterbitkan dalam berita harian 17 februari 2010)

Tuesday, December 22, 2009

TAK NAK SIASAT KE?????

Tak nak pergi risik ke?

Salam.

1. Dewan Rakyat diberitahu bahawa kos pembinaan rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi adalah sebanyak RM12 Juta.

2. Tak tahu lah kita dari mana datang sumbernya. Ada org sponsor mungkin, atau dia berdikit-dikit menyimpan wang gaji bulanannya selama dia menjadi PM selama 5 tahun. Tidakkah gaji dan elaun seorang PM boleh mencecah puluhan ribu sebulan? Atau datang dari wang / cukai rakyat?

3. Memanglah menggiurkan untuk tinggal di rumah yg harganya sedemikian rupa. Kita yg rumah tak seberapa ni, tentu terbayang-bayang akan keadaan rumah yg harganya RM12 Juta itu.

4. Kolam renangnya, kawasan reakreasinya, bilik-bilik yg dilengkapi alat penghawa dingin, tentu menyilaukan mata sesiapa yg memandangnya.

5. Jangan lupa pula bibiknya!

6. Perlukah dalam usia Tun Abdullah yg sudah hampir 70 tahun itu, dia mendiami rumah yg sebegitu mewah? Atau ini salah satu daripada projek Islam Hadhari yg dicanangkannya dulu?

7. Rumah dunia, walau hebat, cantik tersergam sekalipun, tetap letih menjaganya.

8. Jangan lupa dgn satu lagi rumah yg ALLAH sediakan. FirmanNya (mafhum):

`Dan ALLAH mengemukakan satu misal perbandingan kpd org-org mukmin, iaitu perihal isteri Fir'aun, ketika ia berkata: `Wahai Tuhanku! Binalah untukku sebuah rumah di sisiMu dalam Syurga..............'

AT-TAHRIM: 11

9. SPRM tak sudi nak risik-risik ke? RM12 Juta tu, bukan 12 Ringgit!

Monday, November 2, 2009

1 MALAYSIA....?????





1 MALAYSIA,
RAKYAT DIDAHULUKAN,PENCAPAIAN DIUTAMAKAN....
harapan peribadi,harap2 konsep ni benar2 membela rakyat..takut2,KRONI DIUTAMAKAN,ROYALTI DISEMBUNYIKAN.
jangan jadikan trend,setiap PM perlu ada trademark saja,pejuangkan nasib rakyat.
kita berhak dapat apa yang sepatutnya....pendidikan percuma,tapi pemimpin kata tak boleh,tak cukup,THAILAND BOLEH,kata MALAYSIA lebih maju daripada THAILAND,THAILAND tol free ja...so,pikiaq la sendiri k. ada cadangan 1 TANDAS,share toilet cikgu ngan student,tak ka merapu,jd apa2,tubuh suruhanjaya plak.ya la,smpai semua 1,lama2,share toilet laki pompuan.
kita tak lokek pujian,bkn nk bangkang ja idea pemimpin,yg baik,kita sokong.yg lemah,kita kritik secara rasional,BARU DEMOKRASI TULEN.mahu terima kritikan orang.alahai....

Sunday, November 1, 2009

PEMIMPIN...UMNO?PAS?PKR? atau lain-lain..




PEMIMPIN??
bukan senang nk jd pemimpin.kita hakiktnya adalah khalifah di muka bumi. namun,kita mempunyai tanggungjawab dalam kehidupan. dalam pentas politik MALAYSIA,kita tidak boleh menolak agama dari politik kerana zaman rasulullah S.A.w. politik bergerak seiring dengan agama. bukan Islam Hadhari tapi Hadharah Islamiah. Islam tidak perlu mengikut pembangunan,tetapi Pembanngunan perlu mengikut cara Islam.justeru,bijaklah anda untuk memilihm prmimpin kerana kita akan disoal mengenainya kelak..allah huakbar..

Wednesday, October 21, 2009


TEKA TEKI YANG BOLEH DIBERI PENAMPAR??

lubang apa yang rasanya hangat,nikmat dan nyaman?
jawapan : LUBANGun pagi2,tarik selimut pastu tido.

siapa yang jumpa dompet?
jawapan : siapa jumpa dompet tersebut,bg blk kt saya.

pintu apa yang 10 orng pun tak leh tolak?
jawapan : pintu yang tulis tarik daaa...

saya ada 3 kepala,4 tgn,5 kaki,sapa sy?
jawapan : pembohong

apa dia jauh di mata,dekat di hati?
jawapan : usus

gajah terbang dengan apa?
jawapan : dengan susah payahnya....

hahahahaha

Wednesday, September 2, 2009

rayuanku Ya Allah...

wahai Maha Pengasih,
andai aku jatuh cinta,berikanlah cintaku kepada insan yang sentiasa menyintaiMu.
andai aku jatuh hati,izinkanlah hatiku ini menyentuh orang yang hatinya tertaut kepadaMu Ya Allah,agar aku tidak jatuh dalam jurang cinta yang murah.
andai aku sedang rindukan seseorang,pastikan aku merindui seseorang yang menjaga rindunya kepadamu ya Allah,agar aku tidak lalai merindui syurgaMu.
amin Ya Rabbal a'lamin...

Tuesday, September 1, 2009

salam ukhwah fillah

asslamualaikum semua..
kita sudah memasuki fasa kedua Ramadhan al-mubarak. sekadar renungan.adakah 10 hari yang berlalu memberi rahmat kepada kita?sepatutnya,kita tidak perlu puas dengan prestasi ibadah kita.harapan saya,kita sama-sama dan terus menggandakan amal kita dan istiqamahkan demi mencari kejayaan di dunia dan akhirat.insya allah